Jumaat, 1 Jun 2012

- PANDUAN MEMILIH NURSERY


AMRI HUZAIR MUNIR BIN ARZIN

...Ni gambar baby aku,anak bungsu dr 5 beradik. Umurnya sekarang 3 bulan seminggu.Sebelum ni biras aku yg jaga..tp atas sebab-sebab peribadi..birasku tak mau jaga lagi so terpaksala aku cari nursery..sebelum ni aku pernah ambik org indon jg di rumah tp serikla..biras jaga ok juga tp dia banyak komitmen lain, busy selalu....lgpun umur dia jauh lebih tua dr aku..aku takut mo suruh2..takut kena cakap mengulun ( bahasa kampung2).. he he he..so, bila bincang dgn lai (hubby aku)..dia suru antar nursery..penat ckit tp banyak benda boleh dijaga..dan aku selalu percaya setiap kejadian ada hikmahnya..
....Sedih juga mo antar c kecik ni ke nursery..tp apa bole buat kn..so td aku ajak lai..cari nursery..bawa sekali c baby amri dan kakaknya yuyin serta abng hadinya..Baby Amri sebenarnya selsema..cian dia asyik terbersin dlm keta sbb aircond sejukkan..akhirnya the first nursery yg aku pegi..trus aku deciced mo antar baby Amri gi sana..Antara keistimewaan nursery tu :
1..tak rmi yg dia jg..msuk baby aku..5 org ja..
2..pengasuhnya semua ibu2..paling tua umur 47 thn dn paling muda umur 27 thn..
3..tempat tu safe, bersih dan luas..
4..Murah.. he he
.... So naik sekolah ni, tawakal la antar baby Amri gi sana..doakan yg terbaik k..

Panduan Memilih Taska/Nursery

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.
  • Mesti berdaftar
    • Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran/Jabatan Pendidikan Negeri
                                         


  • Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia
    • Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.
    • Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.
    • Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.
  • Kebersihan
    • Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.
  • Bayaran Yuran
    • Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak. 
  • Program
    • Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.
  • Takaful
    • Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.
  • Kegiatan membabitkan ibu bapa
    • Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?
  • Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya
  • Keceriaan
    • Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.
  • Fardu ain
    • Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.
  • Bayaran balik
    • Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.
SO...RENUNG-RENUNGKAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan