Rabu, 11 Julai 2012

- Renovation kelas


Salam ukhuwah...

   Saya mengajar di sebuah sekolah luar bandar yang berstatus SKM atau sekolah kurang murid..dari segi prasarana kami agak kekurangan berbanding sekolah2 di bandar. Kali ini saya nak bawa rakan-rakan untuk lihat kelas dhaif saya yg telah sy ubah suai dan hias untuk keselesaan murid-murid. kelas sy berada di bahagian hujung sekali..dan mempunyai dinding yang berlubang sana sini..kelas ini dibina pada tahun 70-an lagi..bangunannya senget sbb agak uzur dan selalu dilanda air pasang. Walaupun begitu sy dan dan rakan2 lain di sekolah ini sentiasa berfikir secra positif dan satu kelebihan guru-guru di sekolah sy ialah sangat kreatif dan tidak berkira dr soal wang ringgit..kenapa sy cakap macam ni sbb semua yg dilaburkan untuk menceriakan kelas atau bilik2 khas di sekolah ini adalah 100% menggunakan wang guru sendiri. maklumla sekolah kecil macam kami mana ada sumber kewangan. Yang ada pun hasil dr inisiatif  pihak pentadbir mengadakan program2 untuk mengumpul wang. Itupun digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti2 murid-di sekolah ini seperti sambutan Hari Guru, Bulan Bakat pelajar, Bulan Membaca, Pertandingan 3M dan mcm2 lagila..pendek kata..tak boleh claim la...kalau mo claim jg..guru besar pura2 tak dengar..ha ha ha..

    Apa yang sy highligt di sini ialah kelas tahun 3 sebb sy guru kelas tahun 3..ini bukan minta puji..tapi kalau dipuji sy terima sebab saya memang suka dipuji dan tak rela dikeji...ha ha ha..semoga apa yang sy tunjuk jadi satu perkongsian yang bermanfaat..tak berapa cantik sebenarnya tp bolehla.

NI YG PALING SSH SY GANTUNG SBB SY GAYAT DAN BERAT..HU HU.


SEMOGA TERUS BERJAYA..MENJADI INSAN BERGUNA


BAHAN BANTU NI SY BELI DI SIGNATURE MS JUAL MURAH..GUNTING DAN LEKAT..UTK TMBH CANTIK, SY LAPIK BAWAHNYA GUNA KERTAS KILAT...



BAHAGIAN DINDING YG DULUNYA USANG JD CANTIK KAN...


KOLEKSI CERITA KANAK-KANAK DAN CERITA NABI YG SY TAIP SEMULA.


I LIKE ORANGE...SWEET MY MEJA ..


ENGLISH DECO LG..

CUBA LIHAT BHGIAN ATAS SY LAPIK DGN KAIN (FROM JAKEL :D)

PAPAN MAKLUMAN

BAHAGIAN BELAKANG KELAS

BAHAGIAN DEPAN KELAS 
    Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat.."SAYA SUKA JADI CIKGU"...ha... yg ini anda mesti semat dalam dada kejap-kejap, maka akan lahir rasa sayang pada murid dan pd tugas anda.., lepas tu mesti anda akan buat semuanya dengan dada yg lapang dan akan memebrikan yg terbaik pd murid dan sekolah anda..Ya Allah..semoga semuanya menjadi saham di Akhirat dan semoga murid-muridku menjadi sesorang yg berjaya dunia dan akhirat.....

5 ulasan:

  1. sesuatu yang boleh dijadikan perkongsian kepada semua yang bergelar guru..satu usaha yang baik. saya amat terpegun dan kagum dgn usaha cikgu.
    boleh dicontohi..

    BalasPadam
  2. so sweet!! suka tengok! paling kreatif! terasa gak nak buat macam ni kat sekolah saya dulu dan sekarang, namun ia nya terbantut. Sebab sekolah saya ada 2 sesi..tangan para pelajarlak gatal2..itu yang macam x ada selera nak buat gini!!

    BalasPadam
  3. Terima kasih sis Amy Juliette..pujian anda umpama motivasi pd sy....Hmm..utk sekolah yg adra dua sesi..memang payah sikit nak buat..hehe..apapun..boleh cuba..

    BalasPadam
  4. Wah makin santikk lah kak!! kelas tahun berapa tu kak? rindu aku sama warga SK KINDU..moga terus berjaya bah kalian semua!!-cikgu ros

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelas tahun 3 bah ni Ros..thanks..smoga kita semua berjaya dlm mendidik anak bangsa kita..sesekali terimbau kenangan ms sama2..mesti kami tersebut nama ros dan ustaz Haris..kalau dtg sabah..lawat2la kami di sini k..

      Padam