Assalamualaikum wbt & salam hormat buat semua..Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua pengunjung blog saya ini..saya berdoa semoga anda sentiasa dilimpahi rahmatNya..
Sempena bulan Ramadhan yg akan menjelang tdk lama lagi sy akan menurunkan resepi turun temurun keluarga saya dan merupakan makanan tradisi kaum Berunai..tanpa membuang masa saya persembahkan IKAN UAM-UAM..tidak sah jd orang berunai kalau inda tau membuat uam2..he he he..
Gambar di atas ialah ikan uam2 yg saya buat menggunakan ikan sungai seperti baung dan ikan kelah..boleh juga guna ikan laut dan yg paling sesuai ialah ikan rumahan atau ikan surui..ikut selera tekak masing2..Ikan uam2 ni sangat sedap dimakan bersama nasi panas-panas..dan paling sesuai buat lauk sahur terutama untuk jimatkan masa dan mo bangkitkan selera..yala, masa subuh2 buta,mata pun masih takatup (terpejam)..tecium bau uam2 ni kena goreng, mesti bangkit selera..silap-silap menambah nasi lagi di subuh yg hening tu..
Alkisahnya tercipta uam2 ni ialah..pd zaman dahulukala..tiada esbok (peti sejuk)..jadi selalulah ikan dijadikan ikan masin untuk elakkan buruk..tetiba suatu hari, ada seorg pakcik tak hensem di kampung dot dot..(nama kampung dirahsiakan atas dasar2 keselamatan)..telah mencipta ikan uam-uam yg spesel ini..sebenarnya dia tdk berniat buat uam2 ni,tetapi, sedang dia melumur garam ke badan ikan utk buat ikan masin, tetiba kucing langgar bekas kari, bekas gula, cuka dan tertumpah ke badan ikan..beliau sangat marah lalu membuang ikan tersebut ke luar jendela..rupanya ikan tu dipungut oleh jiran sebelah sbb jiran sebelah ni sngt miskin dan jarang2 dpt makan ikan besar, selalunya makan ikan karuk ja dia (ikan puyu)..dan jiran itu menyembunyikan ikan tu di belakang rumah dgn niat akan mengambilnya bila malam tiba sbb malu kalau kedapatan pungut ikan yang sudah dibuang..dan rupa2nya ikan yg disimpan di belakang rumah tu tersinar di bwh mentari petang..dan bila tiba waktu malam jiran tersebut menggoreng ikan tersebut untuk lauk malam..baunya sangat wangi dan sedap..sehingga pakcik tak hensem yg buang ikan tadi dtg ikut makan sebab terliur mencium bau ikan tersebut..bila beliau tu tanya mcmana cara buat ikan sesedap itu..jirannya itu tersentak dan mendehem berkali2..hmmm...hmmm..hmmm utk menyembunyikan keresahannya..tiba2 pakcik tak hensem tu menganggukkan kepalanya sambil berkata..ohhh ikan uam-uam.. dan demikianla sejarahnya tercipta ikan uam2 ni..he he he (jangan bgtau kesatuan kaum berunai k..keep our secret..ceeeehh) la...jauhnya melalut dr tajuk asal..bah, sambung balik..di bawah saya perturunkan ilmunya dengan berpandukan gambar..
Memula siang ikan..dan belah ikan.. macam gambar di atasla..cuci dan toskan...
Kamir..eh..terkeluar pula berunaiku...satukan rempah kari (kalau suka)..kalau tidak suka kari,pakai serbuk lada sulah,garam,gula,cuka.ajinomoto (sukatan..main aga2la..ikut banyak ikan)..lepas tu lumurkan ikan satu persatu dengan adunan rempah perap tadi...buat elok2 agar rempah terlumur ke seluruh bahagian ikan..(amaran : jangan lupa basuh tangan dan jangan lupa potong kuku...ha ha ha)..
P/S..Gunakan ikan segar agar jaminan rasa dan kualiti terpelihara..jangan guna ikan matanya sdh merah...
Selepas itu susun cantik-cantik dan jemurla di tempat yang selamat dari kucing dan lain2 haiwan yang kemungkinan besar berminat dengan ikan uam-uam anda..jemur lebih kurang 1 jam sahaja..kalau hujan, bangkit segera..jadi kalau tak mau penat berlari, jemur dekat2 ja..jangan jemur di halaman rumah jiran..selepas tu..three..he he, jangan mare bah..selepas itu...susun dalam bekas cantik-cantik dan letak dalam freezer..bila mo masak nyah beku dan goreng...wowww...sodappnya, mesti menjilat jari....
mau di cuba jua resepi ani hehehehehe
BalasPadamcuba jngn inda arr...warisan ni..
BalasPadam