Sabtu, 2 Jun 2012

- PANDUAN MEMILIH HUD YANG BAIK DAN TAHAN LASAK

 Ni lah dapur kesayangan aku..tempat aku masak dan cuba resepi2 baru..ada satu lagi benda kesayangan aku di dapur ni..namanya marble putih..di sana pula tempat aku selalu buat kuih..kek..dn yg sewaktu dgnnya..Dapur ni di design oleh lai aku..sebenarnya aku nda minat biru..aku mo oren atau pink..tp lai aku nda bg..isshh..ikut je la..tapi anyway inila tempat yg paling aku sayang dlm rumah aku...

    Selain daripada sink, dapur dan peti ais,serta meja marble untuk merol dan menggelek kuih, hud dapur tak boleh dipandang sepi. Renobetla dapur puluhan ribu ringgit pun kalau tak ada hud dapur susah nak mengemas dan menjaga kebersihan dapur. Lagipun dapur anda tak class tanpa hud.. Gunalah jubin mahal pun, kalau minyak tiap hari melekat apa gunanya...
    Setiap kali kita memasak, kekotoran terutama minyak, gris dan asap melekat di setiap sudut dapur (kerana kita tidak buat konsep dapur terbuka). Minyak melompat (salah bahasa ni kan) ke dinding, ke peti ais, dan jubin dapur. Kita sepatutnya salurkan kotoran itu dengan baik. Maklumlah menengok cara kita memasak yang tak lari daripada menumis dan menggoreng, menggoreng dan menumis (setiap hari), dapur kita sukar nak maintain bersih. Percayalah. Kalau hari2 rebus mungkin masalah ini tidak berlaku...he he
   Lalu, saya menyoal diri sendiri, hud yang jenis macam mana yang terbaik?. Maksud saya ada ciri-ciri yang sesuai dengan apa yang saya mau, antaranya saya mau  ialah :
1. Mudah nak maintenance
Saya bukannya banyak duit mo maintenance balik2...
2. Tahan lama buatannya.
Tak nak yang senang rosak sebab saya tak pandai nak baiki. Kalau boleh saya nak hud tersebut itulah kali pertama dan terakhir saya beli. Saya nak beli sekali je seumur hidup hingga hujung nyawa.
3. Moden dan ringkas bentuknya.
Saya nak yang nampak simple ja, nampak cerdik. Tak mau yang besar macam gajah atau yang banyak sangat segi atau ukirannya. Tak nak yang bila masuk dapur terus nampak hud tersebut. Namun kalau kita suka tak apa, bukannya kita guna duit jiran kan?
4. Berkuasa kuda sederhana.
Saya taklah perlukan sangat hud yang berkuasa kuda tinggi. Yang simple je. Bimbang juga hud tu nanti jadi barang pameran bila kawan-kawan berkunjung, he he he. Tapi bagi insan yang jenis rajin melampau memasak tu, carilah yang berkuasa tinggi, yang boleh menyedut bukan sahaja asap dan bau tetapi kuali, senduk sondek dan ikan goreng sekaligus, he he he. Kalau ada yg cuba2 rasa masakan anda ketika lauk belum masak..tangannya juga boleh tersedut sama..
5. Banyak fungsi.
Kalau boleh saya tak nak yang hanya mampu menyedut asap sahaja, kalau boleh yang turut ada sistem perangkap minyak (yang memisah dan mencairkan minyak dengan bahan tercemar lain) sebelum dialirkan kepada bekas khas menyimpan kekotoran itu.
6. Hud yang senyap sunyi...sepi.
Saya tak nak yang berbunyi bila menyedut.Sebab ada rumah kawan saya, dia beli jenama cap ayam. Pas tu bila pasang bunyi macam corong kapal yang nak belayar. Ada macam bunyi mesin rumput juga...
7. Bukan yang macam rumah jiran sebelah.
Saya tak nak hud tersebut sama macam jiran sebelah. Bukan apa,takut kalau tetiba pencuri masuk rumah jiran dan curi hudnya tu..saya dan keluarga saya pula tertuduh mencuri hudnya..

So...akhirnya..setelah menimbang2 dan mencongak dapatla sy beli hud yg menepati ciri2 yg sy mahu...yeah..yeah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan