Khamis, 28 Jun 2012

- CARA-CARA MEMBUAT IKAN UAM-UAM

   Assalamualaikum wbt & salam hormat buat semua..Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua pengunjung blog saya ini..saya berdoa semoga anda sentiasa dilimpahi rahmatNya..
   Sempena bulan Ramadhan yg akan menjelang tdk lama lagi sy akan menurunkan resepi turun temurun keluarga saya dan merupakan makanan tradisi kaum Berunai..tanpa membuang masa saya persembahkan IKAN UAM-UAM..tidak sah jd orang berunai kalau inda tau membuat uam2..he he he..

   Gambar di atas ialah ikan uam2 yg saya buat menggunakan ikan sungai seperti baung dan ikan kelah..boleh juga guna ikan laut dan yg paling sesuai ialah ikan rumahan atau ikan surui..ikut selera tekak masing2..Ikan uam2 ni sangat sedap dimakan bersama nasi panas-panas..dan paling sesuai buat lauk sahur terutama untuk jimatkan masa dan mo bangkitkan selera..yala, masa subuh2 buta,mata pun masih takatup (terpejam)..tecium bau uam2 ni kena goreng, mesti bangkit selera..silap-silap menambah nasi lagi di subuh yg hening tu..

   Alkisahnya tercipta uam2 ni ialah..pd zaman dahulukala..tiada esbok (peti sejuk)..jadi selalulah ikan dijadikan ikan masin untuk elakkan buruk..tetiba suatu hari, ada seorg pakcik tak hensem di kampung dot dot..(nama kampung dirahsiakan atas dasar2 keselamatan)..telah mencipta ikan uam-uam yg spesel ini..sebenarnya dia tdk berniat buat uam2 ni,tetapi, sedang dia melumur garam ke badan ikan utk buat ikan masin, tetiba kucing langgar bekas kari, bekas gula, cuka dan tertumpah ke badan ikan..beliau sangat marah lalu membuang ikan tersebut ke luar jendela..rupanya ikan tu dipungut oleh jiran sebelah sbb jiran sebelah ni sngt miskin dan jarang2 dpt makan ikan besar, selalunya makan ikan karuk ja dia (ikan puyu)..dan jiran itu menyembunyikan ikan tu di belakang rumah dgn niat akan mengambilnya bila malam tiba sbb malu kalau kedapatan pungut ikan yang sudah dibuang..dan rupa2nya ikan yg disimpan di belakang rumah tu tersinar di bwh mentari petang..dan bila tiba waktu malam jiran tersebut menggoreng ikan tersebut untuk lauk malam..baunya sangat wangi dan sedap..sehingga pakcik tak hensem yg buang ikan tadi dtg ikut makan sebab terliur mencium bau ikan tersebut..bila beliau tu tanya mcmana cara buat ikan sesedap itu..jirannya itu tersentak dan mendehem berkali2..hmmm...hmmm..hmmm utk menyembunyikan keresahannya..tiba2 pakcik tak hensem tu menganggukkan kepalanya sambil berkata..ohhh ikan uam-uam.. dan demikianla sejarahnya tercipta ikan uam2 ni..he he he (jangan bgtau kesatuan kaum berunai k..keep our secret..ceeeehh) la...jauhnya melalut dr tajuk asal..bah, sambung balik..di bawah saya perturunkan ilmunya dengan berpandukan gambar..


   Memula siang ikan..dan belah ikan.. macam gambar di atasla..cuci dan toskan...
Kamir..eh..terkeluar pula berunaiku...satukan rempah kari  (kalau suka)..kalau tidak suka kari,pakai serbuk lada sulah,garam,gula,cuka.ajinomoto (sukatan..main aga2la..ikut banyak ikan)..lepas tu lumurkan ikan satu persatu dengan adunan rempah perap tadi...buat elok2 agar rempah terlumur ke seluruh bahagian ikan..(amaran : jangan lupa basuh tangan dan jangan lupa potong kuku...ha ha ha)..
P/S..Gunakan ikan segar agar jaminan rasa dan kualiti terpelihara..jangan guna ikan matanya sdh merah...

Selepas itu susun cantik-cantik dan jemurla di tempat yang selamat dari kucing dan lain2 haiwan yang kemungkinan besar berminat dengan ikan uam-uam anda..jemur lebih kurang 1 jam sahaja..kalau hujan, bangkit segera..jadi kalau tak mau penat berlari, jemur dekat2 ja..jangan jemur di halaman rumah jiran..selepas tu..three..he he, jangan mare bah..selepas itu...susun dalam bekas cantik-cantik dan letak dalam freezer..bila mo masak nyah beku dan goreng...wowww...sodappnya, mesti menjilat jari....

Ahad, 24 Jun 2012

- Apa ada dengan Tamu Tuaran?

Assalamualaikum wbt dan salam hormat kawan2...
  Rupanya2 diam2 ada jg pengikut blog sy ni sbb ada yg sms dan inbox fb sy tnya knapa jarang2 sdh buat entri baru?...he he.Sibuk bah geng buat assignment..maklumlah 'mahasitua' ni..,baru ambil ijazah, kerja lambat sngt..Tapi apa pun, hari ni sy mo cita tentang Tamu Tuaran..tadi pagi saya pi tamu Tuaran untuk beli bahan2 buat mee kari.Lama dah tak makan..kepingin la pula..Tamu Tuaran terletak di tengah2 antara jalan ke kota Belud, Kudat dan Kota Marudu..Jika anda ke Ranau, sebelum Pekan tamparuli adalah Pekan Tuaran..dan jarak masa perjalanan di ambil dr KK ialah 40 minit..

  So,sy mau cerita ttg keunikan dan kehebatan Tamu Tuaran,trlbih dahulu..sy trlupa ambik gambar2 suasana tamu tu..so bayang2kan sendirila he he he...Sy tak mau membandingkan dgn mana2 Tamu lain sebab masing2 dgn keistimewaannya..tapi apa yg best di sini ialah, makanan lautnya yang banyak dan segar dan murah2..peniaga makanan laut menjual ikan2 besar, kecil,panjang,pendek..semua ada..ada kerang, siput laut,siput bakau,siput lumpur,siput sedut,(siput babi ja tiada sbb  itu bukan seafood),lala, tiram,timung (sejenis spesis kerang besar),dalus,lokan,tiram dan mcm2 la..rumpai laut juga pelbagai..seperti moslimus septi,kobra kislo,muritius..(he he tu bahasa saintifik yg sy karang sendiri) dlm bahasa ibunda latok..dn mcm2 jenis yg sy tak kenal..ketam dan udang pun pelbagai spesis ada..peniaga2nya dtg dr seluruh ceruk negeri sabah..termasuk dr semporna yg jauhhhhhh...tu.

Sotong..hidup ni! (RM7 seekor)

Sejenis kerang (RM2 sekilo)
Ikan Kitang (RM10)
   Di samping itu ( ceh..bhsa formal ni..), ada juga hasil sungai seperti ikan talapia, ikan serawi,ikan baung, lokan sungai dan mcm2 lagila..
   Sesiapa peminat makanan kering, semuanya ada di sini..ikan masin pelbagai jenis, udang kering, sotong kering, kima kering, ikan keropok..semuanya ada..Malah yg di jeruk pun ada seperti makanan tempatan kita bosou pun ada tau..harganya berpatutan, malah boleh tawar menawar lagi tp biarla munasabah he he he....Akan tetapi makanan kering istimewa yg sy mo perkenalkan ni ialah "smoke Fish" dan 'smoke prawn'..ha...yg ini ssh dpt tmpt lain..ia diperbuat dari ikan dan udang yg dikeringkan menggunakan asap..so hasilnya ialah ikan yg sangat wangi..sy suka msk ikan ini bersama sayur kampung yg dipanggil sayur urau2 (nanti sy bgtau lps ni apa sayur urau2 ni)..rebus ja..mula2 didihkan air, masuk garam, aji (jika suka), selepas itu msukkan smoke fish atau smoke prawn td..dan akhir sekali masukla sayur yg anda suka..sedap makan panas2 bersama nasi, pecahkan cili padi, perah asam limau..pergghhhh...nda nampak org keliling tu..sodap dari kfc..i tell u..

'smoke fish' (RM10- 500gm) boleh order dr saya..sms sy 0138818544 jika terliur mo merasa....


  Sekarang sy mo cita pula ttg sayuran.Sayur urau2 yg sy mksudkan ialah sayur campur yg terdiri dr bayam,bawing(sejenis sayur yg sngt harum baunya dn ini wajib ada dlm urau2),kangkung,dan sayur2 kampung seperti lenggiru,pucuk bibit,pucuk ubi manis,pucuk labu dn mcm2 lagilah..Kalau anda peminat sayuran kampung, anda wajib datang ke tamu tuaran..ada rebung,kulat kodop,kulat telinga gajah,kulat embolong,sayur tutan dan mcm2 lg yg sy nda kenal namanya..walau pun begitu sayur moden (sayur baja) pun ada juga..peniaga2 dr ranau datang seawal hari Jumaat lg..membw banyak sayuran..Antaranya...

cendawan,nenas madu,tomato ceri..(RM2)

   Yang best lg di tamu Tuaran ialah pelbagai pilihan makanan yg sedap2..antara yg saya suka beli ialah laru manis atau tapai manis dan tapai ubi..manisnya sehingga melekat di tekak..

6 biji (RM3)

  Begitula serba sedikit tentang uptown yg paling sy gemari...so jomla ke Tuaran..Macam2 ada...

Rabu, 20 Jun 2012

- Makan Ikan bakar di pasar Filipina

makan bie..
 Pasar Filipina merupakan salah satu lokasi kegemaran pelancong tempatan dan luar negara..Mungkin ramai yang tahu tentang Gerai makan di belakang pasar filipina berdekatan dgn masjid dan pasar malam jual ikan dan sayur di situ...Harganya agak mahal walaupun tempatnya kurang selesa, namun sambalnya yg istimewa menyebabkan makan nasi bertambah tau,ms buat entri..trbyg2 kesedapannya..laparla pula....Ia agak mahal,mungkin sebab makanannya utamanya berasaskan seafood..Jom layan gambar...Ada banyak gerai di sini..anda boleh pilih yg mana suka.Kalau nak beli mutiaera pun dekat je dgn pasar mutiara.
Selera betul ibu..tp ni kepedasan bah ni
Mcm2 pilihan


Isnin, 18 Jun 2012

Saya cinta pada dia selamanya...

   Malam ni tdo lewat lagi..baru habis lipat kain dan susun kain dlm almari..nasib seorang ibu yg bekerjaya...maknanya 2 dlm 1..suriguru..he he he..Tapi insyallah semuanya dilakukan dengan ikhlas sebab sapa yg ikhlas insyallah akan dpt pahala yg berganda2..sebenarnya hari2 saya melalui hari2 yang sangat meletihkan..dgn anak2 5 orang yg kecil2,umur 8,6,5,3 tahun dan 4 bulan..walaupun begitu..hari2 sy lalui tidak ada satu minit pun yg membosankan..semuanya menyeronokkan dengan telatah 5 org anak yg manja2 dan pintar2 becakap..anak sy semuanya mulut becok2..
   Awal2 kahwin dulu, 3 tahun sy menunggu utk mendpt cahaya mata..Alhamdulilah Allah memberikan jalan yg luas utk sy  mengecap kebahagiaan, selepas berusaha berurut sana sini..sy dikurniakan 5 org anak2 yg pada mata sy sangat comel, saya sangat menyayangi mereka lebih dr sy menyayangi diri sendiri..semua ibu ginikan..he he..alamak tangkap syahdula pula..sy dah nak tido..tp esok sy nak puasa..hujung2 bulan rejab ni nak jg ambik pahala..di samping mengurangkan spare tayar yg tk dperlukan ni..Ngantuk yg teramat ngantuk..sehingga sy rasa seperti trawang2..okla nak tdo dulu..sebelum tu wajib sahur sebab sy ni tk thn kalau tk sahur..(sambil menguap...)..Alhamdulillah suami sy juga seorg yg sngt penyayang dan tak cerewet..Walaupun kdg2 ada jg sekali sekala bertengkar  mulut..tp selalunya yg lebih saya..suami sy sebenarnya sangat penyabar dan sangat sayangkan kami (saya rasala...dan sy berdoa ia kekal), cuma kdg2 bila trlalu penat,suami jd sasaran tmpt sy marah2..benda kecik pun sy marahkan dia.. he he..
    Saya berbeza 7 tahun jarak usia dengan suami..pemikiran beliau sebenarnya bnyk ke arah beliau2 dan sy walaupun berumur 38 tahun klu dgn dia rs muda lg..tu sbb bila kluar penyakit mengada2 tu..sy sngt manja..cuma beliau tak romantik mcm org lain..jarang say i love u..kalau dia sebut pun rs mcm tak kena..he he..janggal..dia tak pandai bagi bunga atau apa2 hadiahla..tapi sy tau dia sangat menyintai saya..
   Sebenarnya hari ini sy mau kongsi pesanan ibu kesayangan sy,..ibu sy nasihatkan..semua org mengatakan lelaki adalah nakhoda kepada sesebuah rumahtangga tp sebenarnya yg berperanan bsr dlm mencorakkan rumahtangga ialah isteri..kebijaksanaan isteri akan menyebabkan sebuah rumahtangga 'sejuk', ceria, sihat dan harmoni..seorg rakan sy, seorg ustaz jg pernah cakap..isteri umpama pintu rezeki..kalau nak berumahtangga lihatla wanita yg hendak dikahwini sebab ada isteri yg menambahkan rezeki dan ada isteri yg sebaliknya..hahhhh..renung2kan..semoga Allah akan merahmati kita hingga ke akhir Hayat...Saya harap suami sy baca entri sy ini...saya teramat sayangkan dia dan cintakan dia sehingga nafas sy yg terakhir...I Lob U Lai...

Ahad, 10 Jun 2012

- RESEPI ROTI GULUNG YUYIN

BAHAN2NYA:
Roti
sausage
telur
minyak utk menggoreng

CARA2 MEMASAK :
*** roll roti sehingga menjadi nipis..roll guna penggelek doh tepung..kalau tiada boleh guna alu lesung batu..he he.lepas tu simpan sosej ats roti, gulung..celup dalam telur,goreng..boleh makan..(Jika suka boleh golekkan atas serbuk roti selepas celup dgn telur tadi )..Warna putih atas roti ialah serbuk cereal cosway..Anda boleh pelbagaikan inti dalam..Guna sardin pedas pun boleh..maka jdla roti sardin gulung...Selamat Mencuba...!

P/S...Tq to Sis Fara bcoz sharing this recipe..:-)

- RESEPI KARI SIAM

Bahan2nya :
Ikan
rempah tumis lima sekwn
rempah kari ikan
buah pala
cili giling
cili padi (lagi pedas lagi sedap
asam gelugur
garam 
serbuk perasa
bunga kantan
bwng merah/putih/halia/serai/lengkuas
kacang bendi /lada merah.tomato

Cara2 memasak :
** Bersihkan ikan, tumis rempah 5 sekawan bersama bwg/hali/serai dan lengkuas.Kemudian, masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air,tumis hingga naik bau,kemudian masukkan cili giling.Seterusnya masukkan air..tunggu air mendidih, msuk ikan,asam gelugur,buah pala yg sdh ditumbuk,garam,serbuk perasa, cili padi,dan bunga kantan..bila hampir masak,masuk kacang bendi,lada merah dan tomato.

INFO CHEF :
Keistimewaan kari ini ialah pedas dan ada bau seperti tomyam..jika suka boleh masukkan pelbagai sayuran dan juga santan kelapa.

- RESEPI SOTONG BAKAR PEDAS


Bahan2nya :
Sotong
lada kering
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
sebatang serai
2 inci halia
3 ulas bwg putih
5 ulasbwng merah
sebiji bwg besar
2 sudu bsr butter
aluminium foil

Cara2nya:
**Bersihkan sotong,tumbuk semua bahan di atas kecuali aluminium foil he he..perap dgn semua bahan tadi selama 15 minit..kemudian bungkus dalam kertas aluminium..bakar..boleh dimakan **

BONUS :
SAMBAL ASAM UTK CICAH SOTONG ATAU IKAN BAKAR..

Bahannya : Sedikit asam jawa,limau kasturi,cili api, sedikit belacan,bwng putih,bwng merah,garam,ajinomoto, sedikit gula (jika suka),tumbuk semuanya kecuali asam jawa dn limau..limau perah, asam jawa buang biji..kemudian campur dgn sedikit air suam..kacau sebatikan..akhir sekali hiris bwg besar dan campur dlm sambal cicah td..

Jumaat, 8 Jun 2012

- RESEPI JEMPUT-JEMPUT IKAN TENGGIRI

   Apa istimewanya kuih ini..nampak biasa ja kan..istimewanya ialah inti dalam ialah ikan tenggiri iaitu ikan mahal..bukan ikan bilis ye..he he. istimewanya lg...kuih ini sangat sedap dicicah dgn sos..kenapa sy cakap cam tu..sebab sy yang masak...ha ha ha..(ketawa penjahat)..resepinya mudah ja ni..cuma nak buat isi tenggiri tu yg ssh sikit..
   Saya sebenarnya kedekut nak share resepi ni..sbb sy tkut anda perkenalkan resepi ni diperingkat antarabangsa tanpa minta kebenaran sy.. tp tak apala..ni kira amal juga ni...he he

Bahan2nya :
-Tepung-sedikit garam-daun bawang-bwng putih-isi ikan tenggiri-lada sulah-air-sebiji telur-gula
-soda bikarbonate-pewarna kuning-minyak utk menggoreng..

Cara2nya :
- Memula pakai apron...ambil peralatan, cincang isi ikan..(tulang jngn bawa)..campur dgn lada sulah,garam,daun bwng,bwg putih.Ketepikan ke tepi bukan ke tengah..
- Gaul tepung dgn sedikit air..jngn terlalu cair jngan terlalu pekat..aga2 la bah..bilang orang sabah..,campur garam.gula,telur dan soda bikarbonate serta pewarna kuning..(kalau anda peminat warna purple atau biru,dibolehkan juga)..kemudian ambil isi ikan td..gaul sehingga sebati..goreng...boleh makan dgn sos ape2 jer..pasti menjilat jari..

P/S BONUS..ISI IKAN BOLEH DIGUNA UTK BUAT FISH BALL, ISI SUMBAT SAYURAN..

- RESTORAN PADANG IBU INDONESIA

Peace Yo!
Pondok telefon
Licin...!!
Pintu Gerbang masuk..
Menu
Restoran Nasi Padang Ibu



   Hari ni kami gi makan di restoran Nasi Padang Ibu yg terletak di Pelabuhan Jesselton Kota Kinabalu..ini adalah restoran favourite kami sekeluarga.Restoran ni ada dua cawangan..satu di Karamunsing.Makanan di sini semuanya pedas dan berlemak pendek kata santan berlado..antara yg terkenal gulai kikil,gulai otak,gulai babat,tilapia terbang,terung bilis dan bnyk lagi..
   Orang Semenanjung klu dtg Sabah suka gi makan sini,Jimmy Shanley dan krew astro pernah makan sini..masuk tv lg..ia menghidangkan makanan asli indonesia versi Padang atau minang..kalau di Nogori sembilan samala makanannya ni..Budak2 pun kompom suka sbb dekat laut,ada ikan berenang2 lg tp dilarang memancing..nun di kejauhan kelihatan berbalam2 pulau Manukan,gayana dan mamutik (ceh..bahasa sasterala kunun)....untuk bdk2 ada juga menunya seperti ayam goreng,pergedel kentang dan sup..kalau terlebih makan mo gi tandas ka..ada juga disediakan..tandasnya cantik betul..(TIBA2 CERITA TANDAS..)
   Kalau yg banyak duit tu bolehla membeli belah di sini juga sbb bnyak gerai2 jual pakaian renang, baju hawaii,pelampung tp mahal oo..selipar jepun pun rm10 satu..dan di sini juga ada dunkins donut.Macam2 adala..Kalau mo buang tebiat..mana tau lps makan mo gi melancong trus..bolehla beli tiket feri gi labuan atau berenang gi Pulau Gaya sebab dekat ja..he he..Harganya memang agak mahal sikitla tp takla semahal hotel 5 bintang..masih di dlm kemampuan,..sy yg cikgu biasa ni pun bulih gi makan sana..apalagi anda..Kalau selera anda mo cari makanan kampung sy syorkan ke sinila k...dan kalau mau menggumukkan badan pun bagus dtg sini sebab kebanyakan masakannya lemak,pedas dn bersantan..yg ada penyakit org kaya seperti tinggi darah,jantung dan kencing manis..tiada warranty k..he he..
   SO SELAMAT MENJAMU SELERA! p/s gambar makanan tak sempat dicapture sebab sdh di ngap..so kalau mo tau keistimewaan d&keenakannya..dtg sendiri..
  
Berlatarkan laut..




Rabu, 6 Jun 2012

- HOTEL HYATT KK TERBAKAR!!!!!

HOTEL HYATT KK
 
BERASAP SDH...
   Tolong2 Hotel Hyatt terbakar...belari la juga kami suami isteri pi menengok..ms tu kami di segama..ada siren bomba, polis..orang menjerit..semua kelam kabut..dari jauh nampak asap berkepul2 sdh..
   Rupa-rupanya cuma latihan kebakaran..mo tejatuh sdh jantung saya,,yang paling kuat beteriakan ialah pilak2 di segama tu.cemas betul kunun dorang...citt...
   Peristiwa ni berlaku tahun lepas..nda ingat sdh bulan berapa..tapi mmg mcm real betul..Tapi inilah Hotel Hyatt..antara hotel tertua di KK..wlu banyak hotel2 lain didirikan hotel ini tetap dengan jenamanya yg trsendiri..Sapa yg minat makan gulai kambing..tryla makan di hotel ni sedap...gtu juga dgn tart2nya..macam2 jenis..Kedudukan hotel ni bersebelahan dengan wisma merdeka dan segama..kalau ada yg gila bebeli utk persiapan raya sampai nda mo pulang rumah..bah menginapla di sini semalam dua..dekat suria sabah juga ni...Di segama semasa bulan Rmadhan umpama pesta sebab terdapat banyak jualan hingga ke luar kedai..macam2 ada...dan selalunya menjadi tumpuan golongan sederhana..org jutawan jrg gi segama sebab drg gi butik je...tempat makan seperti kfc,pizza,Restoran Rahmat, super delight,burger king ada di sini..pasar mlm yg jual pelbagai makanan jg ada d sini..jom check it out...

- TUARAN AEROBIC DANCE

SIFU AEROBIC ( MDM LEBIAH TANG)
AERODANCE
Sapa suka bersenam?sapa suka menari? Kalau suka dua2 joinla aerobic dance..ha...Di Tuaran pun ada tau, bukan di kk sj bilang jimmy palikat..dulu sy pernah join ni..meloncat2 dan menari2 sampai mo terkeluar ampus sy..mula2 masuk mini dwn tmpt aerodance tu..terkezutt sy sebab kelilingnya semua cermin dan cermin itu tersangatla besar..apalagi..pantulan bayang sy di cermin itu juga tersangatla besar jg tp bukan sy gemuk..cermin tu yg besar..he he..saya join ni lebih kurang 2 atau 3 bulan ja..tapi uols tau..berat sy turun hampir 3 kilo.Saya terpaksa berhenti sbb sy 'termengandung'. patutla lps ja besilat tu,lemas betul betis sy..rupanya ada baby..he he,itupun sempat lg sy beraerobic brsama baby sy selama sebulan tanpa sedar sy pregnant...best betul join ni sebab badan akan berpeluh2..lemak2 pun begagar semua..Oh ya lupa cakap..dalam ni semua pompuan..dan tempatnya agak tertutup..so nda payah malu2 mo menari walau pun tarian tu mcm mo besilat..Masanya juga kita boleh pilih samada ambil sesi jam 5.30 ptg hingga jam 6.30 ptg atau sesi kedua jam 6.30 ptg hingga 7.30 ptg..kalau stamina powerfull (sbb makan jamu)...boleh ambik terus dua jam..dulu yurannya 1 jam rm3..tp skrng sy dgr sdh naik rm5 sbb barang semua naik..he he..tapi berbaloi bah dr ko beli ubat kurus yg mahal2..Join aerobic ni menyihatkan dan mencergaskan badan & juga menambah stamina..bonusnya..bila kurus dan awet muda. mcm coach lebiah..Istimewanya aktiviti ini ialah bukan setakat senaman biasa, coach akan ajar brmcm2 versi tarian seperti samba,hip hop,tarian india,gelek dn mcm2 lagi (bagi guru ini bonus sbb boleh ajar anak murid jg utk persembahan majlis2 di sekolah)..dan ada basic yoga juga tau..ada senaman lantai lagi..pendek kata bestla..So bagi yg berdekatan apalagi..daftarla cepat..trutama yg gumuk2 (jngn mare) he he..tapi yg jauh mcm dr Kota belud ka atau ranau atau tawau..kalau mo dtg bulih juga..nda kana larang juga ..he he..bah..cepatla..ber aerobic kita....

Isnin, 4 Jun 2012

- KELAB LUMBA KUDA TUARAN



KUDA LUMBA
 Assalamualaikum wbt..hari ni sy upload gambar kuda..kenapa? 
 Arca kuda ni terletak kat 'round about' Jln Sulaman, Tuaran...Kuda yg sekor tu baru je siap dan yg sekor lagi sedang dlm pembinaan.
Nak tau,jalan nilah laluan keluar masuk ke kampung saya di Tuaran..nanti hari raya jemputla datang rumah..
Kuda, adalah kebanggaan di kalangan kaum sama (bajau)..haaa, tu sebab ada arca kuda kat sini pasal kebanyakan penduduk kat Tuaran ni terdiri drp kaum sama (bajau)...
Tak jauh dri sini jugak, ada kelab lumba kuda sabah...Tiap sabtu & ahad ramai pengunjung kat kelab luba kuda tu...jadi tumpuan ramai woo..nanti sy masukkan gambar2 menarik semasa kuda2 tu berlumba k..masuk tempat tu free ja..Bawa anak2 pun best sbb budak2 kan suka tengok binatang berlumba..ada masa2 tertentu diadakan lumba kerbau..Ini pun venue yg sngt ditunggu2..TAPI AWAS ..DI SINI JUGA ADA ORG BERJUDI ATAU BERTARUH..yg itu saya tak masuk campur...so..hati2..jngn sampai terikut buat benda haram ni...

Sabtu, 2 Jun 2012

- PETUA HILANGKAN SELSEMA BAYI




Amri selsema..hidungnya asyik trsumbat..petua org lama,gosok batang hidung guna kunyit..alhamdulillah membantu..tapi sy ada petua juga yg sy dpt dr google..siang sy gosok seluruh badannya dan ubun2 pakai bwng merah yg dicampur minyak kelapa..memang berbau tapi hingusnya nda kental dn cpt kering..tengok wajahnya tetap ceriakan..malam pula sy pakai vicks 21st century yg warna pink khas utk baby 3 bulan ke atas..mmg best barang ni..nanti sy upload naik gambar vicks tu k..manala tau berguna pd kwn2 semua..sy gosok belakang, dada dn tapak kakinya..malam trpaksa slowkan aircond..siang pun kipas jngn kuat..gosok ubun2nya selalu dgn vicks atau bwng merah tu..stokin pun wajib pakai...insyallah cepat sembuh tu..no need to take any chemical medicine...

- PANDUAN MEMILIH HUD YANG BAIK DAN TAHAN LASAK

 Ni lah dapur kesayangan aku..tempat aku masak dan cuba resepi2 baru..ada satu lagi benda kesayangan aku di dapur ni..namanya marble putih..di sana pula tempat aku selalu buat kuih..kek..dn yg sewaktu dgnnya..Dapur ni di design oleh lai aku..sebenarnya aku nda minat biru..aku mo oren atau pink..tp lai aku nda bg..isshh..ikut je la..tapi anyway inila tempat yg paling aku sayang dlm rumah aku...

    Selain daripada sink, dapur dan peti ais,serta meja marble untuk merol dan menggelek kuih, hud dapur tak boleh dipandang sepi. Renobetla dapur puluhan ribu ringgit pun kalau tak ada hud dapur susah nak mengemas dan menjaga kebersihan dapur. Lagipun dapur anda tak class tanpa hud.. Gunalah jubin mahal pun, kalau minyak tiap hari melekat apa gunanya...
    Setiap kali kita memasak, kekotoran terutama minyak, gris dan asap melekat di setiap sudut dapur (kerana kita tidak buat konsep dapur terbuka). Minyak melompat (salah bahasa ni kan) ke dinding, ke peti ais, dan jubin dapur. Kita sepatutnya salurkan kotoran itu dengan baik. Maklumlah menengok cara kita memasak yang tak lari daripada menumis dan menggoreng, menggoreng dan menumis (setiap hari), dapur kita sukar nak maintain bersih. Percayalah. Kalau hari2 rebus mungkin masalah ini tidak berlaku...he he
   Lalu, saya menyoal diri sendiri, hud yang jenis macam mana yang terbaik?. Maksud saya ada ciri-ciri yang sesuai dengan apa yang saya mau, antaranya saya mau  ialah :
1. Mudah nak maintenance
Saya bukannya banyak duit mo maintenance balik2...
2. Tahan lama buatannya.
Tak nak yang senang rosak sebab saya tak pandai nak baiki. Kalau boleh saya nak hud tersebut itulah kali pertama dan terakhir saya beli. Saya nak beli sekali je seumur hidup hingga hujung nyawa.
3. Moden dan ringkas bentuknya.
Saya nak yang nampak simple ja, nampak cerdik. Tak mau yang besar macam gajah atau yang banyak sangat segi atau ukirannya. Tak nak yang bila masuk dapur terus nampak hud tersebut. Namun kalau kita suka tak apa, bukannya kita guna duit jiran kan?
4. Berkuasa kuda sederhana.
Saya taklah perlukan sangat hud yang berkuasa kuda tinggi. Yang simple je. Bimbang juga hud tu nanti jadi barang pameran bila kawan-kawan berkunjung, he he he. Tapi bagi insan yang jenis rajin melampau memasak tu, carilah yang berkuasa tinggi, yang boleh menyedut bukan sahaja asap dan bau tetapi kuali, senduk sondek dan ikan goreng sekaligus, he he he. Kalau ada yg cuba2 rasa masakan anda ketika lauk belum masak..tangannya juga boleh tersedut sama..
5. Banyak fungsi.
Kalau boleh saya tak nak yang hanya mampu menyedut asap sahaja, kalau boleh yang turut ada sistem perangkap minyak (yang memisah dan mencairkan minyak dengan bahan tercemar lain) sebelum dialirkan kepada bekas khas menyimpan kekotoran itu.
6. Hud yang senyap sunyi...sepi.
Saya tak nak yang berbunyi bila menyedut.Sebab ada rumah kawan saya, dia beli jenama cap ayam. Pas tu bila pasang bunyi macam corong kapal yang nak belayar. Ada macam bunyi mesin rumput juga...
7. Bukan yang macam rumah jiran sebelah.
Saya tak nak hud tersebut sama macam jiran sebelah. Bukan apa,takut kalau tetiba pencuri masuk rumah jiran dan curi hudnya tu..saya dan keluarga saya pula tertuduh mencuri hudnya..

So...akhirnya..setelah menimbang2 dan mencongak dapatla sy beli hud yg menepati ciri2 yg sy mahu...yeah..yeah...

- SINGGANG IKAN SELUNGSUNG

BAHAN2NYA :
- Ikan selungsung
- sedikit air
- kunyit hidup/halia/bwng merah/putih (tumbuk)
- serai (dititik)
- bwg besar (dimayang)
- asam jawa hidup (buatan kota belud),
- sedikit belacan
- garam
- aji

CARA2NYA :
---Didihkan air bersama garam,asam,aji,serai,belacan dan bahan tumbuk..bila mendidih..masukkan ikan..bila masak..sedap dimakan semasa panas...asam boleh ganti dengan belimbing buluh/asam gelugur.

- RESEPI UDANG LADA HITAM

BAHAN2NYA :
- Udang
- Telur
- Bwng besar/merah/putih
- Lada hitam
- Halia

CARA2 MASAK :
---Kupas kulit udang,kemudian tumis bwng merah/putih dn halia.masuk udang dan bwng besar..kacau..tuang sedikit air..bubuh garam,aji,sedikit gula,lada hitam secukup rasa dan cuka..Hampir kering pecahkan sebiji telur.kacau sehingga timbul minyak..boleh makan...

- RESEPI PERIA SUMBAT

 BAHAN2NYA :

- Peria
- Isi ikan tenggiri
- Bwng Putih
- Lada sulah
- garam
- sos tiram

CARA2 MASAK :
Cincang isi ikan, campur bwng putih yg tlh dilumatkan, lada sulah, garam..sumbat ke dalam peria..goreng sekejap..kemudian tumis bwng merah dan putih. Tuang sedikit air dan masukkan sos tiram..masukkan sedikit tepung kanji yg tlh dicairkan kemudia masukkan peria yg telah disumbat tadi..masak sekejap..boleh makan

- RESEPI NASI MINYAK SIMPLE

BAHAN2NYA:

-Beras
-Bunga lawang,cengkih,kayu manis dan pelaga
-Butter
-Serbuk kunyit
-secubit garam


CARA2 NYA :
-cairkan butter, tumis bahan2 rempah ..kemudian masukkan beras yg telah di cuci..sukat airnya, masuk serbuk mkunyit dan garam..tanak sehingga masak..

-PAPA MANDIKAN BABY..DUA2 SEKSI


Hari ni papa yg mandikan baby sebab mama sibuk masak..Papa kan suka makan nasi minyak.. he he he..dua2 seksi..cuma bezanya papa pakai seluar..ha ha ha..Apapun..Selamat Hari bapa...you,re the great father in the world..I Lob u Lai....

-COFFEE RED YEAST

   Penatnya ari ni..baby kurang sihat..selsema..sian dia kan..tp mo juga aku masak sedap2 sikit..so papanya la jd baby sitter ari ni..tengahari td aku msk..Nasi minyak, udang lada hitam dan peria sumbat..aku yg msk aku yg paling berselera makan ..ha ha ha..Yang bestnya aku msk bnyk..dptla bg ibu mertuaku dn anak2 buah di rumah sebelah..semua ckp sdap tau...
   After maghrib 1 start to cooking for dinner..tetiba sms dr c lela, adik aku yg nda berapa lawa tu (biar dia baca spya dia ngamuk..ha ha ha), bgtau duitnya tercicir smasa merayau..minta transfer duit..wah , dlm aku kesian tu..geram jugak..berkali2 mencuba nda dpt sebab traffic msuk cimb clicks sngt sesak..Biarla dulu..
   Dalam aku kelam kabut tu, ada tetamu la pula datang..rupanya kak Izzati bersama kerukut2nya..(suami dn anak2).. dia dtg mo beli kopi red yeast..sbb dia ckp kopi tu sngt bagus..alhamdulillah..aku senang hati betul mengalahkan perngerusi uptrend..he he he.Kak izzat terus beli 4 box ..spoilnya kopi kehabisan stok,tp kak Izzat paksa juga aku ambil duit first..perghh..malu juga..tp dia yg bagi kan..ambik ja la..ha ha.
   Oh ya td aku lum siap msk tu..baru msk nasi..sian drg kak Izzat sekeluarga, aku dpt hidangkan dorang teh dan kek coklat ja..tu la siapa suru nda b gtau dukluan mo dtg.. he he, bercerita dgn dorang pun asyik terganggu sbb baby Amri nangis ja..idungnya tesumbat bah..baru tdur baby td jam 11 mlm..kalau nda sembuh lg..Isnin ni mo bw gi specialist la..tkut jd kahak pula..                                                                                                       
 KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MELIHAT KETERANGAN PRODUK.

- COFFEE RED YEAST

Jumaat, 1 Jun 2012

-RESEPI IKAN GORENG REMPAH LIMA & SAMBAL BELACAN ZAH


BAHAN2NYA :
Ikan merah
serbuk roti
telur
tepung kanji
garam
rempah kicap
aji
bwg putih
lada sulah

CARA MASAK :
Potong ikan ikut suka, celup dlm telur (cmpur garam,aji,rempah kicap,bwng putih dn lada sulah) dan tepung kanji kemudian golekkan dlm serbuk roti..goreng hingga warna keemasan..

BAHAN SAMBAL BELACAN.
Belacan ( mestilah..sdh namanya sambal belacan he he.. )
bawang merah
lada merah
cili merah
cili kering
YANG DI ATS GORENG DLM MINYAK..JNGN TRLALU GARING..SPARUH MSK JA..LEPAS TU TUMBUK BERSAMA GARAM, AJI DN SDIKIT GULA..jngn blend..tumbuk kasar agar lebih sodap...

-RESEPI CENDAWAN TUMIS IKAN MASIN

BAHAN2NYA :
Cendawan
lada hijau/merah
ikan masin
sos tiram
serbuk perasa
bwg merah / putih

CARA MASAK :
Tumis bwng. Msukkan ikan masin..goreng sekejap,kemudian msuk cendawan..Jangan tuang air sebab cendawan akan kuar air sendiri..Msuk lada, taruh sos tiram,dn serbuk aji...boleh makan..

-PUCUK LABU LEMAK IKAN MASIN

 PUCUK LABU LEMAK IKAN MASIN

KEISTIMEWAAN : RESEPI KAMPUNG YG ENAK DAN MUDAH...
....Bahan2nya..
-Ikan Masin
-Sayur Pucuk Labu
-Santan/susu cair
-Garam
-Ajinomoto
-Bwng merah/putih/kunyit/serai

...Cara2 masak
Didihkan air bersama bwng,kunyit,serai garam,aji,ikan masin..kemudian masuk sayur dan bila sayur masak..masukkan santan...boleh makan bersama nasi panas..

- PANDUAN MEMILIH NURSERY


AMRI HUZAIR MUNIR BIN ARZIN

...Ni gambar baby aku,anak bungsu dr 5 beradik. Umurnya sekarang 3 bulan seminggu.Sebelum ni biras aku yg jaga..tp atas sebab-sebab peribadi..birasku tak mau jaga lagi so terpaksala aku cari nursery..sebelum ni aku pernah ambik org indon jg di rumah tp serikla..biras jaga ok juga tp dia banyak komitmen lain, busy selalu....lgpun umur dia jauh lebih tua dr aku..aku takut mo suruh2..takut kena cakap mengulun ( bahasa kampung2).. he he he..so, bila bincang dgn lai (hubby aku)..dia suru antar nursery..penat ckit tp banyak benda boleh dijaga..dan aku selalu percaya setiap kejadian ada hikmahnya..
....Sedih juga mo antar c kecik ni ke nursery..tp apa bole buat kn..so td aku ajak lai..cari nursery..bawa sekali c baby amri dan kakaknya yuyin serta abng hadinya..Baby Amri sebenarnya selsema..cian dia asyik terbersin dlm keta sbb aircond sejukkan..akhirnya the first nursery yg aku pegi..trus aku deciced mo antar baby Amri gi sana..Antara keistimewaan nursery tu :
1..tak rmi yg dia jg..msuk baby aku..5 org ja..
2..pengasuhnya semua ibu2..paling tua umur 47 thn dn paling muda umur 27 thn..
3..tempat tu safe, bersih dan luas..
4..Murah.. he he
.... So naik sekolah ni, tawakal la antar baby Amri gi sana..doakan yg terbaik k..

Panduan Memilih Taska/Nursery

Ada beberapa tips dan kriteria pemilihan pusat jagaan kanak-kanak.
  • Mesti berdaftar
    • Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran/Jabatan Pendidikan Negeri
                                         


  • Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/penyelia
    • Hasil perbincangan itu puan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa dia mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.
    • Pastikan dia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga puan boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas.
    • Jika dia suka kerja itu, maka anak anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.
  • Kebersihan
    • Pastikan puan masuk ke dalam kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan memuaskan.
  • Bayaran Yuran
    • Puan perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika puan lambat mengambil anak. 
  • Program
    • Pastikan pusat itu mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya.
  • Takaful
    • Pastikan pusat itu mempunyai insurans takaful.
  • Kegiatan membabitkan ibu bapa
    • Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama?
  • Peraturan taska/tadika/pusat jagaan. Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya
  • Keceriaan
    • Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.
  • Fardu ain
    • Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu aini. Bagaimanapun, puan perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.
  • Bayaran balik
    • Puan perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah puan dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini.
SO...RENUNG-RENUNGKAN....